Wednesday, June 22, 2011

Kejohanan Kali ke 48 2011




















Ucapan Perasmian















Persediaan sebelum kawad hormat



Pada 18 Jun 2011 bersamaan 16 Rejab 1432H, Sekolah Kebangsaan Methodist telah mengadakan Hari Kejohanan Balapan dan Padang peringkat sekolah. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr Shaharudin bin Abdul Aziz iaitu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rumah Biru telah ditabalkan sebagai juara keseluruhan. Adik Muhammad Na'im Ahmad Sabri dari rumah biru dinobatkan sebagai olahragawan dan adik Nur Ardini Putri Saad dari rumah kuning dinobatkan sebagai olahragawati tahun 2011.


Edisi kali ke 48 ini telah berjalan lancar dan ini merupakan kejohanan yang terakhir untuk PK Kokurikulum iaitu Puan Rashidah Abu Bakar yang akan bersara wajid pada 17 Julai 2011.



Penyampai sijil penghargaan perkhidmatan dari pada Pengarah Pelajaran Perak dan hadiah dari warga sekolah sempena persaraan Uncle Ratnam mulai 23 Jun 2011. Setiap warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ratnam yang telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Methodist bermula dari 2007 hingga hari persaraan wajid beliau pada 22 Jun 2011. SELAMAT MAJU JAYA.

Monday, February 28, 2011

PEMENANG SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN MORAL




Pemenang tilawah al-Quran dan melukis.

Friday, February 25, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL





SK Methodist menyambut maulidur rasul peringkat sekolah pada 25 Februari 2011 bertempat di dewan sekolah. Aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti berselawat, bacaan al-Quran, nasyid, hafazan, tulisan khat adan bercerita.

Sementara itu, murid-murid moral terlibat dengan aktiviti melukis tentang negara bangsa dan sifat-sifat murni.

Wednesday, February 23, 2011

AKTIVITI HARIAN 23 FEBRUARI

SK Methodist menyertai pertandingan Bola Baling peringkat daerah Batang Padang. 23 Februari 2011 melibatkan bawah 12 tahun lelaki dan bawah 18 tahun perempuan. 24 Februari 2011 melibatkan bawah lelaki 12 perempuan dan bawah 18 tahun lelaki. Kejohanan tahun ini diadakan di Padang Majlis Daerah Tapah. Selamat berjaya kepada semua pasukan yang menyertai pertadingan tahun 2011.
Latihan bola sepak peringkat kelompok ada diadakan di SK Proton City untuk persediaan peringkat daerah Batang Padang.

Monday, February 21, 2011

Guru Baru

SK Methodist telah menerima kemasukkan seorang guru untuk sesi petang. Cik Nur Shuhadah binti Mohd Suhaimi. Seorang guru J-Qaf pula dijangka akan menyertai warga sekolah pada 20 Februari 2011.

KEJOHANAN BOLA SEPAK




Pada 17 dan 18 Februari 2011, SK Methodist Tanjong Malim telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan menganjurkan kejohanan bola sepak bawah 12 tahun kelompok 6. SK Methodist telah muncul sebagai juara kelompok 6. Pada perlawanan akhir SK Methodist telah mengalahkan SK Dato' Kamaruddin 2-0. Gol-gol dijaringkan oleh Mohd Fayyad Abdul Razak dan Ahmad Naim Ahmad Sabri. Pada kejohanan ini, SK Methodist telah mengharungi semua perlawanan tanpa bolos.




Lain-lain keputusan melibatkan SK Methodist, pada peringkat kumpulan SKM mengalahkan SJK(T ) Tan Sri Datuk Manikavasagam 5-0, SK Proton City 1-0, SK Tanjong Malim 1-0. Pada peringkat kumpulan mengalahkan SK Sungai Behrang 2-0. Mohd Fayyad telah muncul penjaring terbanyak iaitu 6 gol sepanjang kejohanan dilangsungkan.