Thursday, November 19, 2009

KEPUTUSAN UPSR


Tepat pukul 10.00 pagi keputusan UPSR telah diumumkan kepada murid-murid SK Methodist Tg Malim. Seramai 12 orang murid daripada 103 orang murid telah memperolehi 5A. Statistik menunjukkan keputusan lulus bagi sekolah ialah 69.9% iaitu 72 orang murid lulus semua pelajaran. Gambar menunjukkan 10 orang daripada 12 orang murid bergambar bersama-sama guru besar Encik Mohd Mazli bin Mohd Arif. Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua murid tahun enam 2009 bagi meneruskan persekolahan peringkat menengah.

Thursday, November 5, 2009

PENDAFTARAN KE TINGKATAN SATU 2010

Pendaftaran murid tahun 6 ke tingkatan satu

Semua murid tahun 6 di temani ibu bapa atau penjaga akan mendaftar ke tingkatan satu di SMK Methodist Tg Malim.

Tarikh: 5 November 2009
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan SMK Methodist

Sila bawa kad Kesihatan dan surat beranak murid.

PK HEM.

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN GURU BESAR

Majlis Perpisahan Guru Besar Hj Ahmad Suhairun Baharudin dan Jamuan Akhir Tahun

Tarikh: 16 November 2009
Masa : 8.00 malam
Hari : Isnin
Tempat: Dewan Sk Methodist
Pakaian : Batik/ Rasmi

Semua warga SK Methodist dijemput hadir.