Sunday, July 17, 2011

JASA MU DIKENANG











































Pada tanggal 17 Julai 2011 ini selepas 33 tahun 6 bulan menjadi seorang guru. Puan Rashidah Abu Bakar akan mengakhiri kariernya sebagai guru namun cikgu tetap seorang cikgu. Puan Rashidah Abu Bakar memohon maaf kepada mereka yang mengenai beliau selama beliau berkhidmat sama ada rakan sekerja dan murid-murid beliau dari hari pertama seorang guru sehingga hari terakhir seorang guru. Bekas murid Sekolah Rendah Methodist akhirnya mengakhiri khidmat bakti beliau di sekolah yang pernah memberi sinar kepadanya.


SELAMAT BERJAYA CIKGU

Wednesday, July 13, 2011

BERITA SEMASA

Tanjong Malim 13 Julai - Mesyuarat Pengelola Sekolah rendah dan menengah Methodist akan diadakan di Bilik Gemilang SK Methodist. Mesyuarat ini akan dihadiri oleh wakil pihak pengurusan sekolah dan wakil pentadbiran sekolah rendah dan menengah.

PERSARAAN 2011

Tahun 2011 sekolah kebangsaan Methodist akan kehilangan 3 orang guru dan kakitangan yang akan bersara wajid. Encik Ratnam bermula 23 Jun 2011. Puan Rashidah Abu Bakar iaitu Penolong Kanan Kokurikulum akan bersara bermula 17 Julai 2011 dan Puan Patimah Shahuddin iaitu Penolong Kanan Pentadbiran akan bersara mulai 20 November 2011.

PERCUBAAN UPSR 2011






Murid-murid sedang menduduki peperiksaan percubaan UPSR 2011 pada 12 Julai hingga 14 Julai 2011. Seramai 80 calon telah mendaftar untuk peperiksaan tahun 2011. Namun begitu seramai 79 calon sedang menduduki peperiksaan dan seorang calon telah berpindah ke sekolah kebangsaan Tasik Puteri Rawang Selangor.