Friday, August 14, 2009

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat

Pada hari Khamis 13 Ogos 2009, sekolah telah menganjurkan majlis bacaan Yasin dan solat hajat sempena UPSR 2009 dan memohon agar warga sekolah selamat daripada wabak penyakit H1N1 yang melanda dunia sekarang ini. Aktiviti tahunan ini mendapat sambutan daripada ibubapa dan murid-murid sekolah.

Thursday, August 13, 2009

Program

Pada Sabtu 15 Ogos 2009, satu progaram ADIK anjuran LPPKN diadakan di dewan sekolah. Program ini hanya disertai oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Methodist dengan kelolaan pihak LPPKN dengan kerjasama pihak sekolah.

Tuesday, August 4, 2009


Hari pertama kursus, penceramah sedang
memberi taklimat dan bimbingan.


Penyampaian cenderahati kepada perasmi hari sukan
sekolah pada 30 April 2009.

Monday, August 3, 2009

Pada 3 Ogos 2009, kursus asas membina laman web berasaskan blog telah diadakan di sekolah kebangsaan Tanjong Malim yang telah dikendalikan oleh Encik Sahariddun Bin A. Rani dari PKG Gopeng.

Tujuan utama kursus ini ialah memberi pendedahan membina laman web sekolah secara percuma dan mesra pengguna. Oleh yang demikian semua pelayar internet dapat memperolehi matlumat yang diperlukan oleh mereka berkaitan sekolah yang dikehendakinya.