Monday, June 28, 2010

Pada 29 Jun 2010, Sekolah Rendah Methodist akan menyambut kedatangan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Puan Normah binti Ahmad. Namun begitu beliau telah melaporkan diri di sekolah pada 16 Jun 2010 semasa cuti penggal persekolahan. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan beliau bagi mematapkan lagi pentadbiran sekolah dengan idea-idea dan suntikan semangat yang baru. Puan Normah binti Ahmad kan mengambil alih tugas yang dikosongkan selepas persaraan Puan Hajah Fatimah binti Mior Abdul Jalil.
Pada hari Rabu 30hb Jun 2010 pihak sekolah mengadakan satu program perjumpaan ibubapa dan guru-guru sempena pengambilan kad laporan pelajar berdasarkan keputusan ujian PKSR 1 yang telah dijalankan sebelum cuti penggal persekolahan.

Tarikh : 30 Jun 2010
Hari : Rabu
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
3.30 petang hingga 5.30 petang