Friday, January 27, 2012

PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS DAN KETUA KELAS

16 Januari 2012 - Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Ketua Kelas yang disempurnakan oleh Penolong Kanan 1 Pn Normah bt Ahmad. Pengawas sekolah merupakan pelajar-pelajar yang terpilih di sekolah oleh guru-guru kerana akhlak dan ketrampilan yang baik dan cemerlang. Selain itu, pengawas juga di pilih dari kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai kokurikulum dan akademik yang cemerlang.

Watikah Pelantikan
Ketua Pengawas - Muhammad Imran Hakimi b Azenan - Kelas 6 Amanah
Penolong Pengawas - Annur Syafira bt Khairus - Kelas 6 Amanah
Wakil murid menerima watikah Pelantikan Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ketua Pengawas PSS - Sarhan Syazannie b Sarib
Penolong pengawas Pusat Sumber Sekolah - Nur Alea Syaza
Ketua Kelas 6 Amanah - Shiroshan A/L Vijeyakumaren

Pengawas Sekolah melafazkan ikrar
Pengawas Pusat Sumber Sekolah melafazkan ikrar

TRANSISI TAHUN 1

29 Disember 2011 - Program Orientasi Tahun 1 2012 telah diadakan. Murid tahun 1 yang telah mendaftar di SK Methodist adalah seramai 67 orang murid. Program Transisi Tahun 1 merupakan satu program yang bertujuan membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun 1 sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun 1 yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun 1 pada tahap pencapaian yang hampir sama.



Murid Tahun 1 2012 sedang menduduki Ujian Diagnostik



Tekun menjawab soalan

Apa jawapannya ni?..

Meja pendaftaran

Ibubapa yang hadir sedang mendengar taklimat

Pengerusi Majlis Pn Norlen bt Saidin

Taklimat Bahasa Cina oleh Cik Tan Hooi Ching

Taklimat Bahasa Arab/J-Qaf oleh Ustaz Mohd Naim b Mohamad

Taklimat Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) oleh En Amizan b Mohd Nasir

Taklimat Disiplin oleh En Md Khairul Azli b Kamaruddin

Penolong Kanan Petang Pn Hjh Sabariah bt Karima

Guru Besar SK Methodist Tanjong Malim En Mohd Mazli b Mohd Arif

Urusan Kedai Buku Sekolah dibawah Ustazah Ruhaini dan YM Cik Raja Noorshasharina

Pemberian Buku Teks Tahun 1

Anak Cemerlang

Sayalah permata... anak kesayangan kebanggaan ayah dan ibu... saya dibesarkan dengan penuh kasih sayang... hanya terbaik untukku…menjadi harapan di masa hadapan... sayalah anak yang cemerlang...

Thursday, January 19, 2012

HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2012

4 Januari 2012 - Hari pertama sesi persekolahan 2012 bermula. Sekolah telah dilawati oleh Tn Hj Rozman bin Hj Shafie Penolong Pengarah Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Putrajaya.


Tn Hj Rozman b Hj Shafie sedang mendengar ucapan Tn Guru Besar En Mohd Mazli b Mohd Arif di tapak perhimpunan SK Methodist.

Murid-murid sedang mendengar ucapan Guru Besar di tapak perhimpunan


Selamat datang kepada Penolong Kanan HEM En Fuad bin Ramli ( kemeja biru ) dan Penolong Kanan KoKu En Muhammad Nasir bin Hj Rasuli ( dari kiri ) semoga dengan pentadbiran baru ini dapat meningkatkan lagi kecemerlangan SK Methodist.