Monday, February 21, 2011

KEJOHANAN BOLA SEPAK




Pada 17 dan 18 Februari 2011, SK Methodist Tanjong Malim telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan menganjurkan kejohanan bola sepak bawah 12 tahun kelompok 6. SK Methodist telah muncul sebagai juara kelompok 6. Pada perlawanan akhir SK Methodist telah mengalahkan SK Dato' Kamaruddin 2-0. Gol-gol dijaringkan oleh Mohd Fayyad Abdul Razak dan Ahmad Naim Ahmad Sabri. Pada kejohanan ini, SK Methodist telah mengharungi semua perlawanan tanpa bolos.




Lain-lain keputusan melibatkan SK Methodist, pada peringkat kumpulan SKM mengalahkan SJK(T ) Tan Sri Datuk Manikavasagam 5-0, SK Proton City 1-0, SK Tanjong Malim 1-0. Pada peringkat kumpulan mengalahkan SK Sungai Behrang 2-0. Mohd Fayyad telah muncul penjaring terbanyak iaitu 6 gol sepanjang kejohanan dilangsungkan.


No comments:

Post a Comment