Wednesday, June 22, 2011

Hari Interaktif





Pada 22 Jun 2011, pihak sekolah telah mengadakan hari interaktif antara ibubapa dan guru. Perjumpaan ini dijadikan tempat untuk ibubapa mengetahui perkembangan anak mereka mengenai kemajuan akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Sambutan yang mengalakkan menunjukkan keperihatinan ibubapa murid untuk meningkat kecemerlang murid dari semasa ke semasa.

Kejohanan Kali ke 48 2011




















Ucapan Perasmian















Persediaan sebelum kawad hormat



Pada 18 Jun 2011 bersamaan 16 Rejab 1432H, Sekolah Kebangsaan Methodist telah mengadakan Hari Kejohanan Balapan dan Padang peringkat sekolah. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr Shaharudin bin Abdul Aziz iaitu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rumah Biru telah ditabalkan sebagai juara keseluruhan. Adik Muhammad Na'im Ahmad Sabri dari rumah biru dinobatkan sebagai olahragawan dan adik Nur Ardini Putri Saad dari rumah kuning dinobatkan sebagai olahragawati tahun 2011.


Edisi kali ke 48 ini telah berjalan lancar dan ini merupakan kejohanan yang terakhir untuk PK Kokurikulum iaitu Puan Rashidah Abu Bakar yang akan bersara wajid pada 17 Julai 2011.



Penyampai sijil penghargaan perkhidmatan dari pada Pengarah Pelajaran Perak dan hadiah dari warga sekolah sempena persaraan Uncle Ratnam mulai 23 Jun 2011. Setiap warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ratnam yang telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Methodist bermula dari 2007 hingga hari persaraan wajid beliau pada 22 Jun 2011. SELAMAT MAJU JAYA.