Wednesday, February 23, 2011

AKTIVITI HARIAN 23 FEBRUARI

SK Methodist menyertai pertandingan Bola Baling peringkat daerah Batang Padang. 23 Februari 2011 melibatkan bawah 12 tahun lelaki dan bawah 18 tahun perempuan. 24 Februari 2011 melibatkan bawah lelaki 12 perempuan dan bawah 18 tahun lelaki. Kejohanan tahun ini diadakan di Padang Majlis Daerah Tapah. Selamat berjaya kepada semua pasukan yang menyertai pertadingan tahun 2011.
Latihan bola sepak peringkat kelompok ada diadakan di SK Proton City untuk persediaan peringkat daerah Batang Padang.

Monday, February 21, 2011

Guru Baru

SK Methodist telah menerima kemasukkan seorang guru untuk sesi petang. Cik Nur Shuhadah binti Mohd Suhaimi. Seorang guru J-Qaf pula dijangka akan menyertai warga sekolah pada 20 Februari 2011.

KEJOHANAN BOLA SEPAK




Pada 17 dan 18 Februari 2011, SK Methodist Tanjong Malim telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan menganjurkan kejohanan bola sepak bawah 12 tahun kelompok 6. SK Methodist telah muncul sebagai juara kelompok 6. Pada perlawanan akhir SK Methodist telah mengalahkan SK Dato' Kamaruddin 2-0. Gol-gol dijaringkan oleh Mohd Fayyad Abdul Razak dan Ahmad Naim Ahmad Sabri. Pada kejohanan ini, SK Methodist telah mengharungi semua perlawanan tanpa bolos.




Lain-lain keputusan melibatkan SK Methodist, pada peringkat kumpulan SKM mengalahkan SJK(T ) Tan Sri Datuk Manikavasagam 5-0, SK Proton City 1-0, SK Tanjong Malim 1-0. Pada peringkat kumpulan mengalahkan SK Sungai Behrang 2-0. Mohd Fayyad telah muncul penjaring terbanyak iaitu 6 gol sepanjang kejohanan dilangsungkan.


Wednesday, December 29, 2010

Pada 30 Disember 2010 SK Methodist Tanjong Malim mengadakan hari pendaftaran dan peperiksaan untuk murid tahun satu 2011 dan pembayaran yuran persekolahan bagi sesi 2011. Pihak sekolah juga mengadakan sesi penerangan bagi ibubapa untuk murid-murid tahun satu.

Monday, July 26, 2010


Suasana dewan peperiksaan semasa pada 13 Julai hingga 15 Julai 2010 iaitu peperiksaan percubaan UPSR. Seramai 78 orang calon telah menduduki peperiksaan tersebut.

Thursday, July 1, 2010

Jamuan perpisahan Cikgu Dayangku Kamisah binti Awangku Ibrahim yang berpindah ke Sg Nibong Pulau Pinang pada 3 Jun 2010 dan penghargaan untuk guru-guru yang bertukar bagi sesi persekolahan 2010. Segala khidmat yang dicurahkan oleh mereka sewaktu bertugas di sekolah amat dihargai. Pihak sekolah dan PAKATAN mengucapkan selamat maju jaya ditempat baru.
Mesyuarat Kurikulum ketiga tahun 2010 akan diadakan pada hari khamis 1 julai 2010 bertempat di bilik mesyuarat sekolah.