Monday, July 26, 2010


Suasana dewan peperiksaan semasa pada 13 Julai hingga 15 Julai 2010 iaitu peperiksaan percubaan UPSR. Seramai 78 orang calon telah menduduki peperiksaan tersebut.

Thursday, July 1, 2010

Jamuan perpisahan Cikgu Dayangku Kamisah binti Awangku Ibrahim yang berpindah ke Sg Nibong Pulau Pinang pada 3 Jun 2010 dan penghargaan untuk guru-guru yang bertukar bagi sesi persekolahan 2010. Segala khidmat yang dicurahkan oleh mereka sewaktu bertugas di sekolah amat dihargai. Pihak sekolah dan PAKATAN mengucapkan selamat maju jaya ditempat baru.
Mesyuarat Kurikulum ketiga tahun 2010 akan diadakan pada hari khamis 1 julai 2010 bertempat di bilik mesyuarat sekolah.

Monday, June 28, 2010

Pada 29 Jun 2010, Sekolah Rendah Methodist akan menyambut kedatangan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Puan Normah binti Ahmad. Namun begitu beliau telah melaporkan diri di sekolah pada 16 Jun 2010 semasa cuti penggal persekolahan. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan beliau bagi mematapkan lagi pentadbiran sekolah dengan idea-idea dan suntikan semangat yang baru. Puan Normah binti Ahmad kan mengambil alih tugas yang dikosongkan selepas persaraan Puan Hajah Fatimah binti Mior Abdul Jalil.
Pada hari Rabu 30hb Jun 2010 pihak sekolah mengadakan satu program perjumpaan ibubapa dan guru-guru sempena pengambilan kad laporan pelajar berdasarkan keputusan ujian PKSR 1 yang telah dijalankan sebelum cuti penggal persekolahan.

Tarikh : 30 Jun 2010
Hari : Rabu
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
3.30 petang hingga 5.30 petang

Tuesday, March 2, 2010

PERSARAAN


Pada 13 Januari 2010 satu jamuan khas untuk meraikan persaraan Hajah Fatimah bt Meor Abdul Jalil telah diadakan di Dusun Bay, Hulu Bernam. Majlis ini bertujuan meraikan persaraan dalam perkhidmatan perguruan selama 34 tahun 9 hari sebagai guru dengan jawatan terakhir sebagai guru penolong kanan Hal Ehwal Murid sekolah kebangsaan Methodist Tanjong Malim. Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya selepas persaraan beliau.

Thursday, December 10, 2009

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN


Pada 21 November 2009, Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah 2009 telah dirasmikan oleh pegawai pelajaran daerah Tuan Haji Mat Noh Bin Supaat. Gambar dari kiri Guru Besar Encik Mohd Mazli Mohd Arif, Tuan Haji Mat Noh Supaat, YDP PIBG Dr Ong Eng Tek, Adeline Ong dan ibunya.