Tuesday, March 2, 2010

PERSARAAN


Pada 13 Januari 2010 satu jamuan khas untuk meraikan persaraan Hajah Fatimah bt Meor Abdul Jalil telah diadakan di Dusun Bay, Hulu Bernam. Majlis ini bertujuan meraikan persaraan dalam perkhidmatan perguruan selama 34 tahun 9 hari sebagai guru dengan jawatan terakhir sebagai guru penolong kanan Hal Ehwal Murid sekolah kebangsaan Methodist Tanjong Malim. Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya selepas persaraan beliau.

Thursday, December 10, 2009

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN


Pada 21 November 2009, Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah 2009 telah dirasmikan oleh pegawai pelajaran daerah Tuan Haji Mat Noh Bin Supaat. Gambar dari kiri Guru Besar Encik Mohd Mazli Mohd Arif, Tuan Haji Mat Noh Supaat, YDP PIBG Dr Ong Eng Tek, Adeline Ong dan ibunya.

Thursday, November 19, 2009

KEPUTUSAN UPSR


Tepat pukul 10.00 pagi keputusan UPSR telah diumumkan kepada murid-murid SK Methodist Tg Malim. Seramai 12 orang murid daripada 103 orang murid telah memperolehi 5A. Statistik menunjukkan keputusan lulus bagi sekolah ialah 69.9% iaitu 72 orang murid lulus semua pelajaran. Gambar menunjukkan 10 orang daripada 12 orang murid bergambar bersama-sama guru besar Encik Mohd Mazli bin Mohd Arif. Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua murid tahun enam 2009 bagi meneruskan persekolahan peringkat menengah.

Thursday, November 5, 2009

PENDAFTARAN KE TINGKATAN SATU 2010

Pendaftaran murid tahun 6 ke tingkatan satu

Semua murid tahun 6 di temani ibu bapa atau penjaga akan mendaftar ke tingkatan satu di SMK Methodist Tg Malim.

Tarikh: 5 November 2009
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan SMK Methodist

Sila bawa kad Kesihatan dan surat beranak murid.

PK HEM.

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN GURU BESAR

Majlis Perpisahan Guru Besar Hj Ahmad Suhairun Baharudin dan Jamuan Akhir Tahun

Tarikh: 16 November 2009
Masa : 8.00 malam
Hari : Isnin
Tempat: Dewan Sk Methodist
Pakaian : Batik/ Rasmi

Semua warga SK Methodist dijemput hadir.

Friday, September 11, 2009

UPSR 2009

Seramai 103 calon dan seorang calon tumpang telah menduduki peperiksaan UPSR di sekolah kebangsaan Methodist Tanjong Malim pada tahun 2009 bermula 8 September hingga 10 September. Semua calon telah berjaya menduduki peperiksaan tanpa masalah. Semua guru mendoakan semoga semua murid berjaya.

Tuesday, September 1, 2009

Banjir

Pada pagi 1 september 2009, sekolah Methodist telah dilimpahi air akibat banjir kilat yang berlaku disebabkan hujan lebat bermula pukul 5.45 pagi. Kebanyakkan kelas telah digenangi air namun begitu projek menaik taraf kelas-kelas tahun enam pada tahun 2008 telah menyelamatkan kelas-kelas tersebut daripada dilimpahi banjir kilat.