16 Januari 2012 - Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Ketua Kelas yang disempurnakan oleh Penolong Kanan 1 Pn Normah bt Ahmad. Pengawas sekolah merupakan pelajar-pelajar yang terpilih di sekolah oleh guru-guru kerana akhlak dan ketrampilan yang baik dan cemerlang. Selain itu, pengawas juga di pilih dari kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai kokurikulum dan akademik yang cemerlang.
Friday, January 27, 2012
PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS DAN KETUA KELAS
TRANSISI TAHUN 1
29 Disember 2011 - Program Orientasi Tahun 1 2012 telah diadakan. Murid tahun 1 yang telah mendaftar di SK Methodist adalah seramai 67 orang murid. Program Transisi Tahun 1 merupakan satu program yang bertujuan membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun 1 sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun 1 yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun 1 pada tahap pencapaian yang hampir sama.
Thursday, January 19, 2012
HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2012
4 Januari 2012 - Hari pertama sesi persekolahan 2012 bermula. Sekolah telah dilawati oleh Tn Hj Rozman bin Hj Shafie Penolong Pengarah Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Putrajaya.
Selamat datang kepada Penolong Kanan HEM En Fuad bin Ramli ( kemeja biru ) dan Penolong Kanan KoKu En Muhammad Nasir bin Hj Rasuli ( dari kiri ) semoga dengan pentadbiran baru ini dapat meningkatkan lagi kecemerlangan SK Methodist.
Subscribe to:
Posts (Atom)